Pages

Subscribe:

Saturday, February 25, 2012

Tugasan 2 ( Bagai hujan jauh ke pasir )

Salma dan Sarah adalah sepasang kembar seiras yang sering bertengkar. Mereka bijak orangnya dan telah pun selesai pengajian kolej mereka. Kini, mereka hendak melanjutkan pelajaran lalu mendaftarkan nama mereka ke universiti impian mereka. Mereka berdua hendak pergi ke universiti Cambridge kerana keputusan peperiksaan peringkat 'A' mereka sungguh memuaskan. Mereka pun ke bilik mereka masing-masing untuk mendaftar nama mereka ke universiti.
Tiba-tiba, perut Sarah mula berbunyi menandakan dia lapar. Sarah pun keluar dari biliknya lalu membuat perjalanannya ke dapur. Dalam perjalanannya, Sarah ternampak Salma sedang tidur di dalam bilik tetapi komputernya masih dihidupkan. Skrin komputer Salma menunjukkan pendaftaran Salma untuk ke universiti Cambridge.
Sarah mengetahui bahawa Salma mendapat keputusan yang lebih memuaskan daripada dia dan rasa cemburu. Dia yakin tentu Salma dapat universiti impiannya itu. Sarah mendapat satu C sementara Salma mendapat semua A* dalam peperiksaan peringkat 'A'. Sarah pun cuba sabotaj Salma dengan singgah ke peti surat setiap hari supaya dia boleh ambil surat Salma daripada universiti Cambridge
" Haruskah aku sabotaj butir-butir peribadi kakakku," bisik hati kecil Sarah.
Sarah meniliti pendaftaran Salma ke universiti Cambridge lalu dengan senyap-senyap menukar butir-butir peribadi Salma. Sarah berasa bersalah tetapi cemburu sekali dengan pencapaian kakaknya itu dan akhirnya menghantarkan butir-butir peribadi kakaknya yang disabotajnya.
Sarah keluar dari bilik Salma lalu terjatuh ke lantai kerana tergelincir. Salma terbangun dari tidurnya dan pantas seperti kilat, Sarah lari meluru ke biliknya. Sarah tersengih di dalam biliknya kerana akhirnya dapat sabotaj Salma walaupun dia rasa sedikit berdosa.
Sementara Sarah bermain permainan komputer di dalam biliknya, Salma mengambil tape dari kamera CCTVnya. Dia tahu bahawa Sarah akan sabotajnya kerana mereka sering bertengkar lalu membeli kamera CCTV. Dia lihat video dalam tape itu dan alangkah terperanjatnya apabila Salma nampak Sarah cuba menukar butir-butir peribadinya. Salma mula berasa geram terhadap Sarah yang jahat itu. Dia telah lama bersabar dengan perangai Sarah dan Sarah juga akibat dia sering dimarahi guru semasa mereka masih lagi di sekolah menengah.
Salma pun dengan segera melaporkan laporannya ke pihak polis. Dia menayangkan video dari kamera CCTVnya sebagai bukti. Pihak polis itu pun pergi ke rumah Salma untuk menangkap Sarah.
" Serahkan diri awak yang awak telah melakukan jenayah. Kita ada bukti di tape ini, " kata satu daripada pihak polis itu.
Sarah serah bahawa dia bersalah dan penyebab butir-butir peribadi Salma untuk ke universiti Cambridge ditukar. Sarah dihukum penjara dan perbuatan Salma akhirnya bukan seperti bak kekata " bagai hujan jatuh ke pasir".

Sunday, February 12, 2012

Renungan Artikel Akhbar

1. Isi utama artikel ini tentang kecurian basikal yang semakin bertambah berbanding tahun-tahun yang lepas. Kes kecurian basikal sering terjadi di perumahan rumah, stesen MRT dan laluan pejalan kaki yang mengakibatkan ramai orang kebimbangan.

2. Penunggang-penunggang basikallah yang perlu mengambil perhatian terhadap artikel ini supaya mereka tahu cara-cara untuk mengelakkan basikal mereka dicuri yang dipesan oleh polis.

3. Kes bertambah lebih teruk pada tahun lalu dengan sebanyak 1137 buah basikal dicuri berbanding 719 pada tahun 2010.

4. Basikal-basikal curian dijual semula di Sungei Road atau bazar di City Plaza. Terdapat juga basikal yang dijual di estet perusahaan di Jurong, Woodlands dan Sembawang.

5. Kes ini boleh dikurangkan dengan menyimpan basikal mereka di rumah apabila tidak digunakan, mengunci basikal mereka di tempat khas, seperti rak-rak basikal nasihat pihak polis.

6. Kes kecurian makin bertambah kerana dahulu, kes sebegini tidak begitu diperhatikan. Pencuri-pencuri basikal juga mahir dalam cara mencuri basikal tersebut dan pandai mencari saat yang bagus untuk mencuri basikal-basikal,

Monday, January 23, 2012

Renungan Artikel 1

Artikel ini tentang seorang lelaki yang terperangkap dalam salji semasa ribut salji. Beliau terpisah dengan sekumpulan kelab mendaki yang dipimpinnya yang mengakibatnya untuk sesat jalan. Terperangkap, beliau mencari idea untuk bebaskan dirinya dari salji tersebut. Akhirnya, beliau mendapat akal lalu mengorek terowong salji dan membakar wang kerana wang adalah bahan pembakar terbaik. Akhirnya beliau selamat dan bebas dari salji tersebut.

Saya pelajari untuk menjadi seorang yang berdikari. Encik Yong Chun Kim telah mengajar saya untuk bersikap berdikari kerana beliau menyelamatken dirinya sendiri tanpa pertolongan orang lain walaupun dengan usianya yang lanjut .Beliau juga sanggup membakar wang yang membuat saya sangat teruja dengan perbuatannya itu. Perbuatannya tersebut telah mengajar saya bahawa wang itu bukan segala-galanya.

Duit bukan segala-galanya kerana duit itu tidak boleh beli nyawa kita. Ramai kata kita tidak boleh hidup tanpa duit tetapi itu salah. Kita sendiri tidak tahu bila kita harus mengorban duit tersebut hanya untuk menyelamatkan nyawa sendiri seperti artikel yang dipaparkan Cikgu Lila. Artikel ini juga telah mengajar kita bahawa nyawa itu jauh lebih penting daripada duit dalam saat-saat genting seperti terperangkap di dalam salji atau sebagainya.

Friday, January 13, 2012

Biodata

Nama: Siti Nurul Nadia Bte Ab Latif
Tarikh Lahir: 30 March 1999
Umur: 12+ tahun
Sekolah: Sekolah Menengah Compassvale
Kelas:1G
Idola saya: Ingvar Kamprad, pengasas IKEA ( Walaupun dia menghadapi penyakit disleksia, dia seorang yang bekerja keras dan juga mempunyai tarikh lahir yang sama seperti saya, 30 march 1926.)
Makanan: Mi Maggi, Nasi Ayam, Ikan pari
Hobi: Bermain badminton, melihat bintang melalui teleskop
Kegemaran: Band "Lemonade Mouth", Membuat video, Buku " The Hunger Games"
Ahli Keluarga saya: Ab Latif (bapa) , Zaleha (ibu) , Ariffin (Abang) , Firdaus (Abang), Nurhashimah (Kakak) , Muhammad Shalihin (Abang), Siti Nurul Nadia (Saya) , Ainul Sariyah (Adik)
Butiran Lain: Bekas pelajar Sekolah Rendah Punggol, tulang belakang saya senget, berfikiran perniagaan