Pages

Subscribe:

Saturday, February 25, 2012

Tugasan 2 ( Bagai hujan jauh ke pasir )

Salma dan Sarah adalah sepasang kembar seiras yang sering bertengkar. Mereka bijak orangnya dan telah pun selesai pengajian kolej mereka. Kini, mereka hendak melanjutkan pelajaran lalu mendaftarkan nama mereka ke universiti impian mereka. Mereka berdua hendak pergi ke universiti Cambridge kerana keputusan peperiksaan peringkat 'A' mereka sungguh memuaskan. Mereka pun ke bilik mereka masing-masing untuk mendaftar nama mereka ke universiti.
Tiba-tiba, perut Sarah mula berbunyi menandakan dia lapar. Sarah pun keluar dari biliknya lalu membuat perjalanannya ke dapur. Dalam perjalanannya, Sarah ternampak Salma sedang tidur di dalam bilik tetapi komputernya masih dihidupkan. Skrin komputer Salma menunjukkan pendaftaran Salma untuk ke universiti Cambridge.
Sarah mengetahui bahawa Salma mendapat keputusan yang lebih memuaskan daripada dia dan rasa cemburu. Dia yakin tentu Salma dapat universiti impiannya itu. Sarah mendapat satu C sementara Salma mendapat semua A* dalam peperiksaan peringkat 'A'. Sarah pun cuba sabotaj Salma dengan singgah ke peti surat setiap hari supaya dia boleh ambil surat Salma daripada universiti Cambridge
" Haruskah aku sabotaj butir-butir peribadi kakakku," bisik hati kecil Sarah.
Sarah meniliti pendaftaran Salma ke universiti Cambridge lalu dengan senyap-senyap menukar butir-butir peribadi Salma. Sarah berasa bersalah tetapi cemburu sekali dengan pencapaian kakaknya itu dan akhirnya menghantarkan butir-butir peribadi kakaknya yang disabotajnya.
Sarah keluar dari bilik Salma lalu terjatuh ke lantai kerana tergelincir. Salma terbangun dari tidurnya dan pantas seperti kilat, Sarah lari meluru ke biliknya. Sarah tersengih di dalam biliknya kerana akhirnya dapat sabotaj Salma walaupun dia rasa sedikit berdosa.
Sementara Sarah bermain permainan komputer di dalam biliknya, Salma mengambil tape dari kamera CCTVnya. Dia tahu bahawa Sarah akan sabotajnya kerana mereka sering bertengkar lalu membeli kamera CCTV. Dia lihat video dalam tape itu dan alangkah terperanjatnya apabila Salma nampak Sarah cuba menukar butir-butir peribadinya. Salma mula berasa geram terhadap Sarah yang jahat itu. Dia telah lama bersabar dengan perangai Sarah dan Sarah juga akibat dia sering dimarahi guru semasa mereka masih lagi di sekolah menengah.
Salma pun dengan segera melaporkan laporannya ke pihak polis. Dia menayangkan video dari kamera CCTVnya sebagai bukti. Pihak polis itu pun pergi ke rumah Salma untuk menangkap Sarah.
" Serahkan diri awak yang awak telah melakukan jenayah. Kita ada bukti di tape ini, " kata satu daripada pihak polis itu.
Sarah serah bahawa dia bersalah dan penyebab butir-butir peribadi Salma untuk ke universiti Cambridge ditukar. Sarah dihukum penjara dan perbuatan Salma akhirnya bukan seperti bak kekata " bagai hujan jatuh ke pasir".

0 comments:

Post a Comment