Pages

Subscribe:

Monday, January 23, 2012

Renungan Artikel 1

Artikel ini tentang seorang lelaki yang terperangkap dalam salji semasa ribut salji. Beliau terpisah dengan sekumpulan kelab mendaki yang dipimpinnya yang mengakibatnya untuk sesat jalan. Terperangkap, beliau mencari idea untuk bebaskan dirinya dari salji tersebut. Akhirnya, beliau mendapat akal lalu mengorek terowong salji dan membakar wang kerana wang adalah bahan pembakar terbaik. Akhirnya beliau selamat dan bebas dari salji tersebut.

Saya pelajari untuk menjadi seorang yang berdikari. Encik Yong Chun Kim telah mengajar saya untuk bersikap berdikari kerana beliau menyelamatken dirinya sendiri tanpa pertolongan orang lain walaupun dengan usianya yang lanjut .Beliau juga sanggup membakar wang yang membuat saya sangat teruja dengan perbuatannya itu. Perbuatannya tersebut telah mengajar saya bahawa wang itu bukan segala-galanya.

Duit bukan segala-galanya kerana duit itu tidak boleh beli nyawa kita. Ramai kata kita tidak boleh hidup tanpa duit tetapi itu salah. Kita sendiri tidak tahu bila kita harus mengorban duit tersebut hanya untuk menyelamatkan nyawa sendiri seperti artikel yang dipaparkan Cikgu Lila. Artikel ini juga telah mengajar kita bahawa nyawa itu jauh lebih penting daripada duit dalam saat-saat genting seperti terperangkap di dalam salji atau sebagainya.

0 comments:

Post a Comment